amaran untuk sang perokok


Post kali ini khas ditujukan kepada adik-adik dan juga mereka yang baru berjinak-jinak dengan rokok.
Menurut sumber, gambar berikut adalah seorang yang mengalami sejenis kanser mulut. Ia dikatakan berpunca dari tabiat merokoknya. Kerana terlalu "konsisten" dengan tabiat buruk tersebut beliau terlantar sedemikian rupa. Semasa gambar dirakamkan, beliau masih bernyawa.

Untuk mutu gambar yang lebih baik, klik pada gambar tersebut!


Kalau adik-adik tengok ada rasa apa-apa tak? Ke ada bau apa-apa?
Perhatikan betul-betul apa yang terlekat pada daging hamba Allah ni...( Allah, meremang pulak bulu tengkuk saya ni...)
Ulat . . . merenyam Nak merokok?
Hisaplah!!!
Tapi ingat BALASAN TUHAN!
Kekadang Tuhan bagi "Cash", kekadang "Hutang"!!!

KEPADA PEROKOK, HENTIKANLAH!
RAMAI YANG DAH BOLEH BERHENTI...ASALKAN ADA KEHENDAK!


sumber :blog achtung


apabila ayah memberi handphone...


sumber:buku karya pak utih

Berikut adalah warkah yang disediakan oleh seorang ayah yang hendak menyerahkan telefon bimbit kepada anaknya:-

Anak ayah yang disayangi,
Sudah tiba masanya anak ayah menggunakan telefon bimbit ini. Walaubagaimanapun, ia bukanlah keperluan asas tetapi, adalah satu keistimewaan. Maknanya, kalau anak ayah melanggari perjanjian penggunaan ini, maka ayah berhak mengambilnya semula.

Ingat ya, telefon bimbit ini adalah sebahagian daripada anggota tubuh badan. Ia adalah otak kita yang kedua. Ia boleh menyimpan data dan maklumat serta mengingatkan kita banyak perkara. Polis lebih mempercayai maklumat di dalam telefon berbanding otak kita kerana ia tidak menipu. Oleh itu, simpanlah di dalamnya data yang baik-baik sahaja. Jangan masukkan di dalamnya bahan-bahan haram seperti gambar atau video lucah. Telefon bimbit ini juga menggambarkan sikap dan akhlak kita.

Disebaban telefon bimbit ini menggambarkan akhlak kita, maka pastikan anak ayah paparkan 'background'nya gambar yang soleh, bukan yang tak sopan. Telefon ini mengeluarkan suara, maka pastikan "ringtone"nya tidak mengganggu orang lain sama ada tahap bising yang kuat atau iramanya tidak menyenangkan.

Setiap komunikasi hendaklah mulakan dengan salam yang sempurna. Sama ada menggunakan SMS atau suara. Dan setiap perbualan mesti (wajib) ditutup dengan doa sejahtera atau semoga bertemu lagi. Jangan biarkan tergantung menyebabkan pemanggil tertunggu-tunggu dariada kita.

Penggunaan di rumah...

Anak ayah yang dikasihi,
Adab bercakap dengan pemanggil di rumah sama seperti mana kita menerima kunjungan tetamu ke rumah ayah. Ayah hanya membenarkan anak ayah bercakap di ruang tamu sahaja (tidak di dalam bilik tidur anak ayah) melainkan pemanggil itu sejantina atau muhrim kita.

Waktu menggunakan telefon bimbit di rumah tetap sama seperti mana adab memasuki bilik tidur. Anak ayah tahukan, antara Isyak hingga subuh (setiap hari) dan antara zuhur dan asar (hari minggu dan cuti umum) waktu ini anak ayah tidak boleh masuk bilik ayah melainkan ketuk pintu minta kebenaran. Begitu juga telefon bimbit. Supaya pemanggil luar tidak merosakkan adab kita, antara waktu isyak hingga subuh, semua telefon bimbit di"senyap" kan atau matikan terus dan diletakkan di ruang tamu. Jika ada panggilan diwaktu-waktu "aurat" kita ini, kita jawab selepas waktunya. Ayah tak rela ada pemanggil yang bukan muhrim bercakap dengan anak ayah yang seorang ini, di atas katil, pada waktu tengah malam, tanpa izin daripada ayah.

Dan, jangan bawa telefon bimbit ini ke dalam tandas. Nanti susah untuk menjawab salam (sama ada sms atau suara) kalau ada orang memanggil kita.


Hukum membuat panggilan sama ada SMS atau suara...

Anak ayah yang peduli,
Walaupun belum ada hukum fiqah yang dikeluarkan, ayah menetapkan bahawa ada perkara-perkara yang HARAM anak men"dial" atau hantar sms kepada seseorang.

Pertama : Orang yang anak nampak dan tahu dia sedang sembahyang, sedang belajar dan sedang berkerja.
Kedua : Waktu aurat orang itu (antara isyak dan subuh) melainkan dia beri kebenaran.
Ketiga : Orang yang bukan muhrim yang tiada urusan dengan anak sama sekali.
Keempat : Dengan tujuan maksiat dan sewaktu dengannya.

Perkara yang MAKRUH pula ialah;
Pertama : Waktu-waktu sembahyang fardhu jamaah orang itu.
Kedua : Sengaja membuat "miss call" melainkan diberi kebenaran.

Perkara yang SUNAT pula ialah
Pertama : Hubungi opah, atuk, mak cik-mak cik sebulan sekali.Tanyakan khabar mereka, ceritakan keadaan dan kesihatan keluarga kita dandoakan kesejahteraan untuk mereka.
Kedua : Menyebutkan nama atau memaparkan nama kita di hujung sms bagi orang yang tidak kerap kita hubunginya agar dia tidak tertanya-tanya siapa kita.
Ketiga : Minta kebenaran melalui sms dahulu untuk berkomunikasi dengannya.

Perkara yang WAJIB pula ialah
Pertama : Menjawab dengan kadar segera panggilan dan/atau sms. Jawapan yang paling lemah sekali ialah dengan memaklumkan kepada pemanggilmelalui sms "OK". Melainkan perkara itu maksiat dan keburukan.
Kedua :Menghubungi pihak berkuasa jika berlaku perkara yang menjejaskankeselamatan ummah.

Penggunaan di tempat awam...

HARAM menghidupkan telefon bimbit :
Tempat-tempat yang ada dipaparkan tanda tidak dibenarkan menggunakannya seperti di hospital kawasan tertentu, masjid, di sekolah dan sebagainya. Atau diumumkan seperti di dalam pesawat, dewan seminar atau kursus.

MAKRUH menggunakan telefon bimbit atau menaip sms,
Pertama : Sedang bersama rakan sama ada urusan formal atau tidak melain meminta izin mereka yang hadir dahulu. Malah di dalam teksi, sila anak minta kebenaran pemandu teksi sebelum menjawab atau membuat panggilan.
Kedua : Bercakap dan ketawa dengan pemanggil hingga mengganggu orang di sekeliling.
Ketiga : Menyebut keburukan orang lain dengan pemanggil hingga orang di sekeliling boleh mendengar dengan jelas (kekadang boleh naik tahap haram)

Cukuplah setakat ini dulu anak ayah. Jika timbul isu lain, nanti kita sama-sama buat "fatwa" yang lain pula.Terimalah telefon bimbit Nokia N100 4G dari ayah untuk mu. Sayang anak ayah..

Sahabat, ingatlah , handphone bukan sekadar handphone.. Ia lebih dari itu.. Ia adalah AMANAH yang akan disoal di hari kemudian kelak. Gunakanlah handphone sebaiknya jika sahabat sayang ibu & ayah.. Moga bermanfaat.

Keanihan di sebalik doa yg dipohon


Ketika kumohon kepada Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk diselesaikan
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon kepada Allah keberanian, Allah memberiku bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon Allah sebuah cinta, Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong
Ketika kumohon kepada Allah bantuan, Allah memberikanku kesempatan
Aku tak pernah menerima apa yang kupinta, tetapi aku menerima segala yang kuperlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita
Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.
Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.

Renungkanlah....sajak karya Roha Hassan

Aku Ori Bukan Fotokopi

Rambutmu tajam seperti duri

Cicak jatuh mesti mati

Konon punya gaya sendiri

Siapa tegur pun kau tak peduli.

Kau memang suka bersubang

Di bibir, di pusat, di dahi, di hidung

Buang masa merewang-rewang

Naik berang disuruh bertudung.

Konon ori bukan fotokopi

Konon ori bukan fotokopi

Suruh solat pun tak reti.

Black metal, punk sampah

Budaya Barat bersepah-sepah

Kadang-kadang rasa menyampah

Ditegur dilarang buat tak endah.

Maksiat mungkar merata-rata

Buang anak tak rasa berdosa

Bukan niat nak kutuk mengata

Kalau tak tegur bala menimpa.

Konon ori bukan fotokopi

Konon ori bukan fotokopi

Buat dosa tak sedar diri

Cuba dikau sedarkan diri

Jadilah ori bukan fotokopi

Kembalilah segera kepada Ilahi

Bimbang tak sempat bertaubat nanti.

Engkau aset agama dan negara

Masa remaja hanya seketika

Jangan habiskan bersuka sahaja

Kelak menyesal tak terkira.

Jadilah ori bukan fotokopi

Jagalah maruah dan nilai diri

Jadilah manusia yang dihormati.

Kita punya Al-Quran yang indah

Tambah teguh dengan As-Sunnah

Ikutlah ahli sunnah wal jamaah

Jauhi ahli punnah wal ranah.

Jadilah remaja soleh wa musleh

Tak perlu tiru budaya Barat

Buat baik tak toleh-toleh

Nak jadi mulia ujiannya berat.

Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Kukasihkan Allah, kukasihkan Nabi.

Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Al-Quran kujunjung tinggi-tinggi.

Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Demi Islam yang dicintai.

Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Akidahku jelas, tak perlu diragui.

Wahai remaja yang dikasihi

Jadilah ori bukan fotokopi

Miliki jati diri Islami

Impikan syurga setelah mati.

Pesan akhir buat remaja

Jangan disia usia muda

Ikutlah yang baik-baik sahaja

Kelak Allah ganjarkan syurga.

PERKHEMAHAN KE KD SULTAN ISMAIL

ASSALAMUALAIKUM.UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,HARI INI TANGGAL 2 OKTOBER 2009,5 ORANG PELAJAR DARI KELAS 1KAA1 TELAH MENYERTAI PERKHEMAHAN DI KD SULTAN ISMAIL,TANJUNG PENGELIH,KOTA TINGGI.PELAJAR-PELAJAR TERSEBUT ADALAH:
  1. LUKMAN NURHAKIM
  2. QAMARUL IKHWAN
  3. LILY ELISA
  4. NORATIQAHUDA
  5. NURFARAHIN
SEMOGA MEREKA MENDAPAT MANAFAAT DARI PROGRAM YANG DIJALANKAN SEPANJANG PERKHEMAHAN INI.ASSALAMUALAIKUM.